bgpaymail

Minggu, 04 Januari 2009

Sumbangan Generasi Sahabat 1

Sahabat adalah orang yang paling hampir dengan Rasullah S.A.W, mereka hidup sekitar 100 tahun selepas Rasullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul terakhir diutuskan kepada umat manusia..

Kata Ibnu Katsir : "Sahabat adalah orang Islam yang bertemu dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, meskipun waktu bertemu dengan baginda tidak lama dan tidak meriwayatkan satu hadith pun dari baginda".


Ibn Hajar Al-Asqolani berkata:
"Orang yang berjumpa dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam keadaan beriman dan wafat dalam keadaan Islam".

Keutamaan sahabat


Mereka inilah golongan yang diiktiraf sebagai salah satu daripada generasi manusia terbaik yang pernah dilahirkan di atas muka bumi. Ciri-ciri terbaik ini digambarkan dengan seluruh kehidupan mereka, sehinggakan tiada apa yang mereka cintai melebihi Allah dan para rasulnya..

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah pada zamanku,
kemudian zaman berikutnya, kemudian zaman
berikutnya”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


bahkan Rasulullah S.A.W melarang daripada perbuatan mencela para sahabat, merendah-rendahkan mahupun meremeh-remehkan mereka.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kalian mencela sahabatku, demi
Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya
seandainya seorang diantara kalian berinfak
emas seperti gunung Uhud, sungguh belum
menyamai satu mud seorang diantara mereka,
tidak pula separuhnya”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Kehebatan para sahabat


kehebatan para sahabat dapat disimpulkan melalui beberapa aspek yang mencerminkan kejituan iman mereka:

  • Keimanan yang mendalam
  • Bersegera laksana perintah Allah
  • Kecintaan kepada Allah dan Rasul
  • Infak harta di jalan Allah
  • Keghairahan untuk syahid
  • Mengutamakan saudaranya
  • Kesungguhan dalam perjuangan
  • Kesetiaan yang tiada tolak ansur
  • Sabar dalam menanggung kesusahan
  • Tauladan dari para sahabiyah


apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri tersebut? apakah kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa yang melayakkan mereka memiliki ciri-ciri tersebut..?

[bersambung..]

http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=58:sumbangan-generasi-sahabat-1&catid=12:fikrah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar